Penulisan Kreatif dan Kritis

Beberapa aspek yang perlu diaktifkan untuk kritis dan kreatif dalam penulisan:

  1. Description– menghuraikan peristiwa yang berlaku ataupun perkara yang dilihat
  2. Feeling – perasaan dan fikiran yang timbul apabila melihat sesuatu peristiwa
  3. Evaluation – kebaikan dan keburukan daripada perkara yang dialami dan dilihat
  4. Analysis – tindakan yang perlu dilakukan terhadap situasi yang dialami
  5. Conclusion – tindakan yang sudah dibuat dan pelan tindakan yang perlu dilakukan

Khasiat sebuah penulisan bukannya berdasarkan kejadian hebat yang berlaku, tetapi keupayaan kita untuk mengeluarkan teladan daripadanya.

Kaedah CASIC (Connect, Acknowledge, Serve, Inquire, Choice) untuk meningkatkan rasa terikat dengan pembaca:

Faktor menyumbang perkembangan undang-undang pentadbiran

perkembangan undang-undang pentadbiran agak lambat berbanding cabang perundangan lain kerana perkembangan tersebut berlaku atas sebab keperluan dan bukannya sebab gubalan seperti Undang-undang perlembagaan.

  • berlaku dalam aspek kuantiti, kualiti dan kepentingan-kepentingan yang berkaitan (relative significance ) bersesuaian dengan peredaran masa
  1. Perkembangan dalam jentera, fungsi dan kuasa pihak pentadbiran
  2. Perubahan dalam peranan dan fungsi negara
  3. Perspektif baru pentadbiran negara moden memerlukan penglibatan negara secara positif dalam semua aspek kehidupan rakyat dan menguruskan kehendak sosio-ekonomi rakyat
  4. Penglibatan negara untuk baiki moral, fizikal dan aktiviti sosio-ekonomi menambahkan fungsinya
  5. Perluasan kuasa pihak pentadbiran
  6. Wujud Pelbagai fungsi atau jentera pentadbiran untuk menjalankan fungsi negara
  7. Keperluan untuk kawal kuasa supaya tidak disalahguna
  8. Keperluan untuk imbangi hak-hak individu dan tuntutan pentadbiran
  9. Menentukan keperluan dan tindakan kerajaan adalah mengikut landasan undang-undang

1. Perkembangan dalam jentera, fungsi dan kuasa pihak pentadbiran

  • kuasa untuk pertahankan negara daripada ancaman, kekalkan keamanan, jamin ketenteraman.
  • untuk kawal sesuatu yang diluar jangkaaan. Contoh peristiwa 13 Mei, kerajaan telah menggubal undang-undang darurat dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

2. Perubahan dalam peranan dan fungsi negara

  • perubahan daripada laissez faire atau free enterprise kepada state collectivism / social welfare state
  • perubahan falsafah negara

3. Perspektif baru pentadbiran negara moden memerlukan penglibatan negara secara positif dalam semua aspek kehidupan rakyat dan menguruskan kehendak sosio-ekonomi rakyat

  • penglibatan kerajaan dalam semua aspek kehidupan rakyat bagi memperkembangkan lagi kebajikan sosio-ekonomi rakyat (kemudahan awam, jalan raya, perkhidmatan kesihatan, kebajikan, moral rakyat)
  • negara moden yang mengenengahkan konsep welfare state (negara kebajikan) seperti yang disebutkan oleh Friedman dalam [[The Rule of Law and The Welfare State]] iaitu negara sebagai:
    1. Pelindung (protector)
    2. Penyumbang (provider)
    3. Pegawal (regulator)
    4. Pengusaha (entreprenuer)
    5. Pengadil (umpire)

4. Penglibatan negara secara aktif untuk baiki moral, fizikal dan aktiviti sosio-ekonomi menambahkan fungsinya

  • Tiga badan utama kerajaan, perundangan, eksekutif dan kehakiman diberi lebih kuasa kerana fungsi kerajaan semakin meluas
  • lebih luas, lebih selesaikan lebih banyak pertikaian

5. Perluasan kuasa pihak pentadbiran

  • tidak dapat dielakkan kerana masalah sosio-ekonomi perlukan penyelesaian segera, ringkas, terbaik dan praktikal.
  • Penyelesaian ini tidak dapat dilaksanakan melalui proses biasa oleh badan perundangan dan kehakiman
    • akan ambil masa yang lama
    • tiada teknik dan kepakaran terperinci
    • harus ikut polisi-polisi tertentu yang telah ditetapkan
    • memerlukan kos yang tinggi jika melalui badan kehakiman
  • Pentadbiran moden perlu lebih dinamik, perlukan pengetahuan praktikal serta penyesuaian yang terperinci.

6. Wujud pelbagai fungsi atau jentera pentadbiran untuk menjalankan fungsi negara

  • kepelbagaian fungsi negara telah mewujudkan pelbagai badan atau jentera pentadbiran

7. Keperluan untuk kawal kuasa supaya tidak disalahguna

  • State activism telah menyebabkan timbulnya empayar baru bagi kuasa birokrat.
  • Pelaksanaan kuasa budibicara oleh pihak eksekutif telah beri kesan terhadap hak, kebebasan dan harta individu.
  • Jadi, perlu daad kawalan terhadap tindakan pihak pentadbiran bagi elak salah guna kuasa dalam pelaksanaan tugas sehingga menjejaskan hak atau kebebasan seseorang.

8. Untuk imbangi hak-hak individu dan tuntutan pentadbiran

  • mengimbangi antara tuntutan hak individu (private right) dan kebajikan orang awam (public good)

**9. Menentukan keperluan dan tindakan kerajaan adalah mengikut landasan undang-undang **

  • memastikan agara keperluan dan tindakan kerajaan tidak terkeluar dari landasan undang-undang
  • mekanisme kawalan yang lengkap bagi memeriksa sama ada wujud penyalahgunaan kuasa tanpa mengganggu kelancaran urusan kuasa mereka.

Darussalam

Darul berasal daripada perkataan arab yang bermaksud rumah. Dalam konteks gelaran negeri, perkataan darul membawa maksud negeri.

Terdapat empat negeri di Nusantara yang menggunakan gelaran Darussalam iaitu:

  1. Brunei Darussalam
  2. Pattani Darussalam (juga pernah dikenali sebagai Pattani Darul Ma’arif)
  3. Acheh Darussalam
  4. Palembang Darussalam

Negeri Singgora yang berjiran dengan Pattani turut pernah memakai gelaran Darussalam.

Vape

12 September 2018

Mod Orca 220W, tank Kayfun Prime. (RM 250)

Flavor
Sparta Vape Strawberry Vanilla (RM25)
Sparta Vape Strawberry Caramel (RM30)
Mr Loops Buttered Graham (RM40)

Kapas & Recoil (RM 5)

Total cost RM 350