Nasi kukus

Nasi kukus RM 4.00. Tujuh kali suap habis.

Nasi kukus RM 4.00. Tujuh kali suap habis.
18 Jun 2018
Sudah lama kereta isteri ada masalah cengkaman brek. Disk brake yang lama bercalar teruk dan perlu digantikan dengan yang baru. Minyak brek juga sudah lama tidak ditukar. Jadi hari ini saya hantar kereta ke bengkel untuk diselenggara.
Kos selenggaraan brek seperti dalam gambar bil di atas. Disk brake yang digunakan adalah dari jenama BOSCH
Yang di sini sudah pasti ada di sana.
Yang di sana belum tentu ada di sini.

Waxco Auto Plastic Black untuk pulihkan kesan pudar di bahagian plastik pada badan motorsikal. Beli di Mr. DIY dengan harga RM 11.45 untuk isipadu 100ml.
Cecair ni agak bergetah dan perlu disapu hingga betul-betul sekata. Instructions suruh sapu guna tisu atau berus. Tapi sebenarnya agak rugi jika guna tisu sebab resap banyak cat. Lebih elok kalau guna berus gigi kerana tidak serap cat dan boleh masuk ke bahagian yang sukar dicapai.
Bermula hakikat makrifat iaitu
الجزم المطابق للحق عن دليل
Artinya: Pengetahuian yang jazam tetap yang muafakat bagi yang sebenarnya ada ia daripada dalil.
Ertinya pengenalan yang tiada berubah dan tiada bergoyang dengan sebab tiada syak dan zhon dan waham.
Lagi muafakat ertinya berbetulan ia bagi hakikat pekerjaan yang dikenal akan dia.
Lagi yang diambil akan dia dari daripada dalil (tanbih) dan jika tiada tetap seseorang itu pada i’ttiqadnya dengan bahawa syak ia, atau zhon ia, atau waham ia padanya, dan jika berbetulan ia bagi yang sebenarnya sekalipun, maka dinama akan dia jahil basit. Dan jika jazam ia padanya tetapi tiada berbetulan ia bagi yang sebenarnya, maka dinama akan dia jahil murakab, seperti i’ttiqad nasara dengan tiga tuhan dan i’ttiqad majusi dengan dua dua tuhan dan i’ttiqad falsafah dengan qadim segala aflak.
Maka barang siapa bersifat ia dengan salah satu daripada dua jahal itu pada mengenal Allah Taala dan rasulNya maka tiada sah imannya.
Dan jika jazam ia pada i’ttiqadnya dan muafakat pula bagi yang sebenarnya tetapi sunyi ia daripada dalil, maka dinama akan dia taklid. Ertinya mengikut ia akan orang lain pada i’ttiqadnya.
Bermula iman orang yang taklid iaitu ikhtilaf ulama paranya, bermula yang muktamadnya iaitu sah imannya jika jazam ia dengan dia.
Bermula dalil yang dituntut daripada mukallaf iaitu terbahagi ia atas dua bahagi dan memada dengan didiri akan salah satu daripada keduanya jua.
Pertama dalil yang bangsa naqliah. Iaitu seperti engkau i’ttiqad akan wujud Allah dan wujud segala sifatNya dan wujud segala makhluk ini daripada-Nya dan dijadi akan dia mazharNya (مظهر) padahal engkau ambil dalil atas sebenar barang yang engkau i’ttiqad itu daripada firman Allah:
(وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)
Ertinya: Bermula masyrik dan maghrib dan barang yang antara keduanya iaitu milik bagi Allah, maka barang di mana berhadap kamu dengan pancaindera kamu yang zahir dan yang batin, maka kamu dapatlah di sana satu kun yang menunjuk ia atas wujud Allah yang mengada ia akan dia.
[Surah Al-Baqarah 115]
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah tuhan yang amat murah lagi yang amat mengasihani akan hambaNya yang mukmin aku mulai kitab ini.
الحمد لله الذي توحد في ذاته و صفاته العلية و تفرد بايجاده الخلق و ارساله الرسل بالايات الجلية
Bermula segala puji tertentu bagi Allah tuhan yang keEsaan Ia pada zatNya dan pada segala sifatNya yang Maha Suci ia dan ketunggalan Ia dengan mengada-Nya akan makhluk sekaliannya dan dengan menyuruh-Nya akan beberapa rasul dengan beberapa tanda yang nyata ia.
صلاة و سلام على سيدنا محمد الصادق الامين المخبر بما كان وما يكون من امور الدنيا و الدين و على اله وصحبه وازواجه امهات االمؤمني
Akan sebagai rahmat dan sejahtera daripada Allah atas penghulu kami Nabi Muhammad yang benar ia lagi kepercayaan ia lagi yang mukhbir (penyampai khabar) ia dengan barang yang telah ada ia dan barang yang lagi akan ada ia, daripada segala pekerjaan dunia dan agama, dan atas segala keluarganya, dan segala sahabatnya. Dan segala isterinya, mereka itu beberapa ibu bagi segala mukminin.
اما بعد,
Ada pun kemudian daripada itu,
Maka inilah satu risalah yang kecil pada menyatakan barang yang tak dapat tiada atas tiap-tiap mukallaf hendak mengetahui akan dia daripada Ilmu Usuluddin.
Ertinya mengetahui beberapa asal agama, iaitu ilmu yang dibicara padanya mengenal akan wujud Allah, dan segala sifatNya, dan segala Asma’Nya, dan segala af’al-Nya dengan sekira-kira barang yang dikurnia akan dia bagi hambaNya.
Dan mengenal akan hukum risalah bagi segala rasul, dan mengenal barang yang wajib, dan barang yang mustahil, dan barang yang harus bagi mereka itu Alaihimu sollatu wassalam. Dan mengenal akan segala pekerjaan yang dikhabar oleh mereka itu daripada Allah Taala seperti kiamat dan lainnya.
Salinan Kitab Hidayatul Mutafakkirin boleh didapati di : https://ia803108.us.archive.org/27/items/HidayahAlMutafakkirin/Hidayah%20al-Mutafakkirin.pdf
Buku Utopia Masyarakat Lambak tulisan Dr. Azhar Ibrahim, felo pelawat di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapore (NUS). Baru beberapa helaian saya baca, terasa janggal dengan bahasa yang digunakannya.
Dalam dialek kelantan, buah ciku disebut sawo nilo

Saya sudah berhenti mengajar sejak Jun 2017 dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pekerjaan hakiki saya.