Semangat Padi

Pandangan alam dan teori kepercayaan tentang wujudnya semangat padi adalah sama di mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia. Cara petani melihat dan melayaninya serta kepercayaan kepada peranan semangat padi dalam membanyakkan atau mengurangkan hasil padi juga adalah sama. Sungguhpun demikian mereka mempunyai perbezaan pendapat tentang apa yang dikatakan semangat padi.

Di sini, dijabarkan hasil kajian lapangan tentang semangat padi. Di Chenderong Balai, Perak, semangat padi dikatakan sebagai kuasa ghaib yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan biji padi dan bentuknya seperti budak. Petani di Solok Hilir, Melaka, pula menyatakannya sebagai “sarang telur sejenis labah-labah” yang selalu terdapat di sawah. Jika banyak butir telurnya maka banyaklah hasil padinya.

Di Pahang pula semangat padi dianggap seperti budak kecil yang mudah merajuk kalau tidak dilayan sungguh-sungguh. Di Kelantan, semangat padi dianggap sebagai “roh” yang menjaga mutu padi dan berupa manusia. Di Pulau Pinang pula semangat padi dianggap sebagai “semangat” yang membolehkan padi mengeluarkan hasil yang banyak dengan syarat jika diikuti semua aturan upacara, pantang larang dan cara melaksanakannya. Semangat itu boleh diseru oleh pawang.

Di Sawah Ring di daerah Muar, Johor, semangat padi dikatakan sebagai orang. Di Sungai Kerawai, Perak, semangat padi diibaratkan sebagai nyawa kepada pokok padi, sebab itu ia tidak boleh dibanting kerana ia akan berasa sakit kalau kena banting. Di Padang Tengir, Terengganu, terdapat kepercayaan bahawa semangat padi itu adalah penjelmaan kuasa ghaib dan hantu syaitan. Ia men-jelma berupa gadis cantik di tengah sawah.

Berdasarkan keterangan yang dikumpulkan dan diberikan di atas jelas menunjukkan bahawa tidak ada kata sepakat tentang bentuk semangat padi sekalipun dari segi pandangan alam. Secara keseluruhan mereka sepakat mengatakan semangat padi sebagai kuasa ghaib wujud. Ini adalah satu kepercayaan agama yang diturunkan daripada datuk nenek mereka sejak zaman berzaman iaitu dari agama bercorak animisme yang menjadi agama orang Melayu sebelum mereka memeluk agama Hindu dan seterusnya agama Islam seperti yang ada pada masa sekarang ini.

Mukaddimah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

الحمدلله الذي امَرَنا بمعرفته وتوحيده.

Pujian pujian itu bagi Allah taala yang memurah akan kita dengan mengenal akan Dia dan mentauhid akan akan Dia.

والصلاة والسلام على سيدنا محمد بَعَثَه الله تعالى بنبوته ورسالته

Dan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW yang melantik akan dia oleh Allah SWT dengan jadi nabiNya dan jadi RasulNya.

وعلى آله وأصحابه الذين يَحَرِضُوْنَ بِاِظْهارِ الحقِّ وَاِعْلأِدينه

Dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang bersungguh-sungguh mereka itu dengan menzahirkan yang sebenar dan meninggikan agamaNya.

وبعد، ada pun kemudian daripada itu maka menuntuti akan daku oleh setengah-setengah daripada kawan-kawanku bahawa aku tulis baginya satu risalah pada menyatakan ugama dan memperkenal akan dia kemudian menyata pula akan segala rukun-rukun Islam dan rukun-rukun iman dan ihsan kemudian menyuruh akan daku pula menghuraikan segala hukum syarak dan hukum adat dan hukum akal dan ilmu Usuluddin mengikut aturan ahli sunnah dengan huraian yang terang yang sangat mudah memahami akan dia lagi mudah bicaranya dan sederhana ibadatnya dan cakapannya serta mendatang pula dalil-dalil yang naqli dan aqli.

Maka dengan tuntutan itu aku pun memikir dan renung berbulan-bulan masanya. Tiba-tiba dilihat akan daku oleh Allah SWT bahawasanya tuntutan kawan-kawanku itu adalah suatu perkara yang baik yang tak patut bagiku menolak akan tuntutan itu kerana mereka itu sangka baik dengan daku.

Maka aku pun terimalah tuntutan itu walaupun aku bukan daripada ahlinya. Kemudian berlakulah kalam aku dengan taufik Allah Taala pada mengisikan tuntutan-tuntutan itu di atas beberapa keping kertas daripada ingatan-ingatanku yang aku ambil daripada guru-guru yang mursyid serta aku tatapkan dia daripada kitab-kitab yang muktabar maka jadilah ia sebuah risalah yang berguna yang aku nama akan dia dengan “المصباح المنير فى معرفة الله القدير” ertinya: lampu yang menerang pada mengenal Allahul Qadir.

Kemudian aku memohon kepada Allah SWT bahawa menjadi akan dia manfaat dan berguna bagiku dan anak buahku dan kawan-kawanku dan yang tinggi pelajaran dan yang rendah pelajarannya. Dan aku memohon kepada Allah pula bahawa menjadikan risalah ini perisai yang dapat mempertahankan dan dapat menolakkan akan segala ajaran-ajaran Yan sesat yang menyesatkan orang awam, yang dibawa akan dia oleh orang-orang yang tidak sangkakan dengan jahilnya seperti ajaran-ajaran yang mengatakan tidak wajib belajar sifat-sifat dua puluh yang termashur itu dan ajaran-ajaran melihat tuhan di dalam di dunia. Dan ajaran-ajaran yang memegang dengan zahir mutasyabihat dan yang mengatakan tuhan bertempat dan sebagainya daripada ajaran-ajaran ahli al-dholalah. Dan aku pohon kepada Allah Taala pula bahawa menjadi akan dia satu simpanan yang baik bagiku di dunia dan akhirat. فإنه على كل شيء قدير. Kemudian memulai aku akan bicara pada risalah ini dengan mendatang aku akan beberapa huraian. Maka berkata aku:

Daftar Bab Dalam Kitab Misbahul Al-Munir

Berikut adalah bab-bab yang terkandung dalam Kitab Misbahul Munir Fi Ma’rifatillah Al-Qadir

  1. Mukadimmah
  2. Huraian Pertama – Pada Pengenalan Agama
  3. Huraian Kedua – Pada Menyata Hukum Syarak
  4. Huraian Ketiga – Pada Menyata Hukum Adat
  5. Huraian Keempat – Pada Menyata Hukum Akal
  6. Huraian Kelima – Pada Menyatakan Ilmu Usuluddin
  7. Huraian Sifat Yang Pertama – Wujud Ertinya Ada
  8. Huraian Sifat Yang Kedua – Qidam Ertinya Sedia
  9. Huraian Sifat Yang Ketiga – Baqa’ Ertinya Kekal
  10. Huraian Sifat Yang Keempat – Mukhalafatuhu Taala Lil Hawadis
  11. Huraian Sifat Yang Kelima – Qiamuhu Taala Bi Nafsihi Ertinya Berdiri Allah Taala Dengan Sendiri
  12. Huraian Sifat Yang Keenam – Wahdaniah Ertinya Keesaan
  13. Huraian Sifat Yang Ketujuh – Kudrat Ertinya Pekuasa
  14. Huraian Sifat Yang Kelapan – Iradat Ertinya Pekehendak
  15. Huraian Sifat Yang Kesembilan – Ilmu Ertinya Pengetahuan
  16. Huraian Sifat Yang Kesepuluh – Hayat Ertinya Hidup
  17. Huraian Sifat Yang Kesebelas – Sama’ Ertinya Pendengar
  18. Huraian Sifat Yang Kedua Belas – Basar Ertinya Pelihat
  19. Huraian Sifat Yang Ketiga Belas – Kalam Ertinya Pekata
  20. Huraian Sifat Yang Keempat Belas- Kaunuhu Qadiran Ertinya Keadaan Allah Taala Yang Kuasa
  21. Huraian Sifat Yang Kelima Belas – Kaunuhu Muridan Ertinya Keadaan Allah Taala Yang Menghendaki
  22. Huraian Sifat Yang Keenam Belas – Kaunuhu Aliiman Ertinya Keadaan Allah Taala Yang Mengetahui
  23. Huraian Sifat Yang Ketujuh Belas – Kaunuhu Haya Ertinya Keadaan Allah Taala Yang Hidup
  24. Huraian Sifat Yang Kelapan Belas – Kaunuhu Sami’an Ertinya Keadaan Allah Taala Yang Mendengar
  25. Huraian Sifat Yang Kesembilan Belas – Kaunuhu Basiran Ertinya Keadaan Allah Taala Yang Melihat
  26. Huraian Sifat Yang Kedua Puluh – Kaunuhu Mutakalliman Ertinya Keadaan Allah Taala Yang Berkata-kata
  27. Huraian Sifat Yang Kedua Puluh Satu – Jawaz Ertinya Harus
  28. Huraian Yang Pertama Daripada Sifat-sifat Rasul – Siddiq Ertinya Benar
  29. Huraian Yang Kedua Daripada Sifat-sifat Rasul – Amanah Ertinya Kepercayaan
  30. Huraian Yang Ketiga Daripada Sifat-sifat Rasul – Tabligh Ertinya Menyampaikan
  31. Huraian Yang Keempat Daripada Sifat-sifat Rasul – Fathonah Ertinya Cerdik dan Bijaksana
  32. Huraian Yang Kelima bagi Rasul – Jaiz Ertinya Yang Harus
  33. Huraian Pada Menyatakan Perkara-perkara Yang Wajib Diketahui Akan Dia Serta I’tiqad
  34. Huraian Yang Terakhir Pada Menyatakan Setengah-setengah Perkara Yang Wajib Atas Mukallaf Mengerjakan Segala Yang Disuruh Wajib Dan Meninggalkan Segala Yang Ditegah Haram

AKIDAH

Dalam ajaran Islam, akidah ialah iman atau kepercayaan. Sumbernya ialah Al-Quran dan hadis Rasulullah. Rasulullah pernah memberikan keterangan tentang erti iman dalam suatu majlis bersama-sama sahabat ketika didatangi oleh Malaikat Jibrail AS yang menyerupai seorang lelaki. Beliau bertanya kepada Rasulullah mengenai iman, Rasulullah SAW menerangkan:

“Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya serta hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) baik dan buruknya”

Iman bererti:

  1. Percaya benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
  2. Segala jenis amalan taat (adalah) hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
  3. Perkara-perkara yang diimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki dalam hadis tersebut.

Percaya secara mutlak kepada Allah ialah membenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan peraturan-peraturannya. Kepercayaan yang mutlak itu hendaklah mengandungi tiga unsur penting iaitu:

  1. Ikrar (dibaca) dengan lidah.
  2. Ditasdiq (dibenarkan) dengan hati
  3. Dipraktikkan dengan anggota

Abu Ala Maududi, seorang ulama terkemuka pada abad ini menjelaskan hubungan antara iman dan Islam.

“Hubungan antara Islam dan iman adalah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya. Demikianlah pula seorang itu tidak dapat menjadi Muslim tanpa mempunyai keimanan”

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, ternyatalah bahawa Rukun Iman itu terdiri daripada:

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman Kepada Malaikat-Nya
  3. Beriman kepada Kitab-Nya
  4. Beriman kepada Rasul-Nya
  5. Beriman kepada Hari Akhirat
  6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Vile Maxim

Frasa “vile maxim” merujuk kepada konsep yang diperkenalkan oleh ahli falsafah abad ke-18, Adam Smith, dalam bukunya “The Wealth of Nations” (Kekayaan Bangsa-Bangsa). Smith menggunakan frasa ini untuk menggambarkan prinsip atau kepercayaan yang dipegang oleh sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat, yang menyatakan, “Semua untuk diri kita sendiri, dan tiada apa-apa untuk orang lain.”

“Vile maxim” menggambarkan pendekatan yang bersifat egoistik dan tamak dalam tingkah laku ekonomi dan sosial, di mana individu mengutamakan kepentingan sendiri tanpa mengambil kira kesejahteraan atau kebajikan orang lain. Ia mengandaikan ketidaktelitian terhadap pertimbangan etika, keadilan, dan impak yang lebih luas tindakan individu ke atas masyarakat secara keseluruhannya.

Smith menggunakan frasa ini dalam erti yang kritikal, menekankan akibat negatif yang mungkin berlaku jika kepentingan diri tidak terkawal dan kepentingan bersama tidak diambil kira. Beliau berpendapat bahawa masyarakat yang berfungsi baik memerlukan keseimbangan antara kepentingan diri dan kepentingan orang lain, dan tindakan individu harus dipandu oleh tanggungjawab dan perhatian terhadap kesejahteraan orang lain.

Konsep “vile maxim” memperingatkan bahawa penumpuan berlebihan kepada kepentingan diri dan ketidaktelitian terhadap keperluan dan kesejahteraan orang lain dapat memberikan kesan yang merugikan kepada masyarakat secara keseluruhannya. Ia menekankan kepentingan pertimbangan etika, empati, dan kerjasama dalam membina masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.

Zaman VUCA

Kita sedang hidup dalam zaman yang disebut oleh Harvard Business School sebagai VUCA. Ia adalah satu singkatan dalam bidang pengurusan yang merujuk kepada volatility, uncertainty, complexity dan ambiguity.

Votality – ketaktentuan

Uncertainty – ketidakpastian

Complexity – kerumitan

Ambiguity – kesamaran

Baru-baru ini Bill George, Felo Senior di Harvard Business School memperkenalkan VUCA 2.0 yang merujuk kepada vision, understanding, courage dan adaptability